YEAR END SALE !!

YEAR END SALE !!
RM 98.00 For 3 box + FREE POS..

LIKE US:

LIKE US AT : HIGOAT MILK

TIP S MENGETAHUI GINCU PLUMBUM... AWAS!!

Di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai jenis gincu yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar kosmetik. Tahukah pembaca sekalian? Gincu yang mengandungi plumbum boleh mendatangkan kesan karsinogen di dalam tubuh. Untuk mengetahui samada gincu tersebut mengandungi plumbum ataupun tidak, berikut ialah antara langkah-langkah yang perlu anda ambil :

1- Sapukan satu lapisan nipis gincu pada tapak tangan anda.
2- Gosok kesan gincu yang terdapat pada tapak tangan anda dengan apa jua bahan yang berasaskan emas. Anda perlu gunakan emas tulis, bukan emas ciplak atau yang tidak asli.
3- Gosok sehingga kesan gincu tersebut hilang pada telapak tangan.
4- Perhatikan samada terdapat kesan yang berwarna kehitaman. Jika ada, kesan hitam itu menunjukkan bahan kimia plumbum yang digunakan di dalam gincu tersebut.
Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan.
Oleh itu, para pembaca serta pengguna kosmetik gincu terutamanya, pilihlah gincu yang tidak mengandungi plumbum untuk kesejahteraan diri dan keluarga kita. Sudah tentu lah saya menyarankan pengguna-pengguna semua untuk memakai gincu bibir HR :) Insya Allah, dengan izin Tuhan, kita dan keluarga kita akan sentiasa sihat tubuh badan dan akal fikiran.
petikan : blog stokishr

0 comments:

Post a Comment